Saturday, May 19, 2012

YA ALLAH...Dengarlah Luahan Hatiku Ini...

Penuhkan hati ini dengan cahaya cinta-Mu..
Hingga tiada lagi ruang untuk aku menduakan kasih-Mu..
Hingga tiada lagi nama itu terukir dibibirku..
Hingga tiada lagi rasa itu dihatiku..
Bukan menidakkan perasaan ini..
Bukan menentang fitrah insani..
Tapi ku tak mahu menjebak diri..
Kerna bila cinta makhluk menguasai diri..
Cinta pada Pencipta kan memudar menyepi..
Menjauhkan aku dari redha illahi..
Tiadalah tenang malah meresahkan hati..
Kahwin

Ya Allah..

Mujahadahkan aku sehingga saat itu..
Sabarkan aku jangan ditakluki nafsu..
Biarkan masa saja yang menentu..
Biarkan semuanya berjalan mengikut rancangan-Mu..
Kerna Engkau saja yang maha tahu..
Jika sudah tertulis pasti bertemu..
Semoga redhaMu mengiringiku..
Semoga dia yang terbaik menjadi penemanku..

Pesanan buat bakal kekasih halalku…



Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

Jika Ingin Mencari CINTA

Wahai kaum Adam, Andai mahu mencari Hawa..
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.
.
Untuk Hawa Pula, Andai mahu menerima cinta Adam…
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.
3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.
Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya.
Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya??
Siapa yang tahu.. Wallahualam. :)
#copypaste

CINTA INI SELALU UNTUKMU

Saat hati ini berkata
kau lah yang akan menjadi terakhir dihati ini
aku tahu, engkaulah segalanya bagiku
kehidupan ku akan terasa hampa, tanpa kehadiran mu
Aku sedar
aku terlalu menyayangimu
aku belum mampu tanpamu
kau sebagian dari hidup ku
Ketika bersamamu
aku menemukan erti memiliki
aku menemukan sebuah kebahagian
aku menemukan apa yang tak aku temukan diperjalan cintaku
Sayang..
kau harus tahu
cinta ini akan selalu milikmu
selamanya aku selalu milikmu
jangan pernah belajar untuk meninggalkan aku
kerana aku..
SANGAT MENCINTAI DIRI MU SEPENUH HATI KU.. :)
#copypaste

Tuesday, May 8, 2012

FRIEND

Maafkan aku kawan.. mungkin hari ni aku telah melukakan hati seorang kawan ku... tanpa sedar perbuatan ku mungkin telah mengguris hatinya.. tolonglah tegur aku kalau ada silapku.. aku cuma insan biasa yang melakukan kesilapan.. aku mungkin bukan kawan yang terbaik..tapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik.. kau sahabat dikala aku senang dan susah.. kau sahabat yang sama-sama berjuang untuk menjadi seorang yang lebih baik.. x mungkin akan ku lupakan sahabat sepertimu.. maafkan aku sekiranya diri ini telah membuatmu terluka..kau sahabatku dunia akhirat.. 


"A friend is someone who knows the song in your heart, and can sing it back to you when you have forgotten the words." 


"A friend is one who believes in you when you have ceased to believe in yourself." 


"Friends are the most important ingredient in this recipe of life."


"To be depressed is to be lonely; to have a friend is to be happy..."




lets be friend till jannah... <3
saya sayang kawan saya.....


# x reti la nk wat ayat flowery2..  hehe.. :)